Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

LAMAN WEB JHEWA
WISE
Sabah Crest

JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

Bersama Mencapai Kecemerlangan

JHEWA logo

Sabah Crest

MPWS logo

JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

Bersama Mencapai Kecemerlangan

Menyedari akan tuntutan perkhidmatan yang meletakkan kepuasan Stakeholders dan pelanggan sebagai keutamaan, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah telah menggariskan beberapa perkara penting yang menjadi ikrar untuk dipenuhi oleh setiap warga dengan penuh dedikasi, cekap dan berkualiti iaitu:

  1. Memberi layanan perkhidmatan kaunter dengan mesra dalam tempoh (10) minit selepas pendaftaran.
  2. Merekodkan penerimaan aduan / pertanyaan pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberi maklum balas terhadap aduan / pertanyaan dalam tempoh tiga (3) hari berkerja.
  3. Melaksanakan program kesedaran dan latihan pembangunan wanita untuk kumpulan sasar dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja sebelum tarikh pelaksanaan.
  4. Memaklumkan pelanggan tentang program latihan pembangunan wanita sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum program dilaksanakan.
  5. Melaksanakan semua program yang dirancang mengikut jadual berdasarkan peruntukan yang disediakan.
  6. Memproses pembayaran dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja.
  7. Menyalurkan maklum balas mengenai isu-isu wanita, program-program dan aktiviti dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.